LANGKAH-LANGKAH MEMUPUK AMALAN BERJIMAT CERMAT

Umumnya kita mengetahui amalan berjimat cermat di kalangan masyarakat di negara kita masih lagi rendah dan perlu dipertingkatkan. Amalan berjimat cermat banyak kebaikannya. Jika amalan berjimat cermat tidak terus dipupuk, dikhuatiri sikap boros akan menjadi budaya hidup masyarakat di negara kita. Terdapat beberapa langkah untuk memupuk amalan berjimat cermat dalam masyarakat.

PERANAN IBU BAPA
Langkah pertama ialah ibu bapa hendaklah memainkan peranan dengan menerapkan amalan berjimat cermat di kalangan anak-anak. Sesungguhnya, peranan lbu bapa memang penting kerana masa anak-anak banyak dihabiskan bersama ibu bapa. Oleh itu, ibu bapa mestilah mengamalkan sikap bersederhana dalam kehidupan seharian dan setiap pembelian barangan hendaklah dirancang terlebih dahulu. lbu bapa juga perlu menunjukkan contoh yang baik dalam penggunaan elektrik, air dan telefon di rumah. Secara tidak langsung, anak-anak pasti akan terdorong untuk melakukan amalan be!jimat cermat jlka melihat ibu bapa berbuat demikian dalam kehidupan seharian.

PERANAN MEDIA MASSA
Selain itu, media massa juga boleh memainkan peranan dalam memupuk amalan berjimat cermat. Hal ini kerana peranan media massa dalam mempengaruhi  minda rakyat memang tidak dapat disangkal lagi. Oleh itu, media elektronik seperti televisyen boleh mengadakan program yang berbentuk kempen amalan berjimat cermat. Media cetak seperti akhbar pula, boleh mengadakan ruangan artikel dan gambar contoh tentang amalan berjimat cermat.

PERANAN KERAJAAN
Pihak kerajaan juga boleh menyemai amalan berjimat cermat di kalangan masyarakat. Kerajaan berupaya menyemai amalan berjimat cermat kerana kerajaan mempunyal stesen televisyen sendiri iaitu RTM (Radio Televisyen Malaysia). Melalul stesen RTM, kerajaan boleh membuat program-program yang dapat menyemai amalan berjimat cermat di kalangan rakyat. Pihak RTM boleh memaparkan sikap atau amalan berjimat cermat yang patut dicontohi oleh rakyat.

PERANAN PIHAK SEKOLAH
Pihak lain yang boleh memainkan peranan dalam memupuk amalan berjimat cermat ialah pihak sekolah. Tidak dapat dinafikan, masa pelajar hanyak dihabiskan di sekolah. Oleh itu, pihak sekolah boleh menjalankan aktiviti yang boleh menyemai amalan berjimat cermat di kalangan pelajar. Antara aktiviti tersebut ialah Program Kitar Semula, ceramah tentang kebaikan amalan menabung serta kempen penjimatan penggunaan elektrik dan air. Pihak sekolah juga boleh menerapkan amalan berjimat cermat dalam aktiviti kokurikulum yang diadakan.

carian